welcome to ppki

Friday, April 30, 2010

Lawatan ke Melaka



Pada 28-30 April yang lalu, PPKI SMK Kg Soeharto telah mengadakan satu sesi lawatan sambil belajar ke Melaka. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Hampir kesemua pelajar menyertai lawatan ini. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Taman Mini Asean, Taman Rama-rama, Menara Taming Sari, Muzium Kesultanan Melaka, Muzium Samudera, River Cruise dan Zoo Melaka. Sekalung penghargaan kepada SMK Bukit Katil Melaka yang telah menyambut kedatangan kami dengan meriah sekali. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang dapat kami pelajari semasa sesi lawatan ini.

Lawatan ke Melaka







Sunday, April 25, 2010

Pembelajaran Sosial

Satu program pembelajaran sosial ke Bank Simpanan Nasional telah diadakan pada 20-23 April yang lalu. Program ini diadakan bertujuan mendedahkan para pelajar kepada aktiviti luar dan dan dapat meningkatkan kemahiran sosial sosial mereka.

Wednesday, March 10, 2010

Sambutan Maulidur Rasul


3 Mac yang lalu SMK Kg Soeharto telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan para pelajar mengikut badan beruniform yang dianggotai mereka. PPKI turut mengambil bahagian dalam perarakkan ini. Sambutan ini diserikan dengan pertandingan perarakan, sepanduk tercantik, pertandingan nasyid dan sajak. Dengan semangat dan kerjasama yang ditunjukkan PPKI telah menjadi Johan sepanduk tercantik. Terima kasih kepada adik Hamizi Ramlee atas usaha menyiapakan sepanduk dengan bantuan rakan-rakan PPKI. Adik Nursyafiqin pula telah mewakili PPKI dalam pertandingan sajak. Syabas diucapkan.